Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

18th ASEAN CHIEFS OF DEFENCE FORCES MEETING

BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 18 March 2021 – The 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces' Meeting (ACDFM) was held virtually at the International Convention Centre, Brunei Darussalam. The meeting was chaired by the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Commander, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat with this year's theme of 'We Care, We Prepare, We Prosper.'

Also present during the 18th ACDFM were the Joint Force Commander RBAF as the Chairman of the 11th ASEAN Military Operations Meeting (AMOM) and the Director of Intelligence as the Chairman of the 18th ASEAN Military Intelligence Meeting (AMIM).

During the meeting, the ASEAN Chiefs of Defence Forces adopted the ASEAN Two Year Activity Work-Plan (2021-2023) and issued the 18th ACDFM Joint Statement. Apart from that, Brunei Darussalam tabled a working paper entitled "ASEAN Military Exercise (AMX)" that aims to support ASEAN militaries to enhance regional security, interoperability, and capacities through integrated cooperation. During the 18th ACDFM, the ASEAN Chiefs of Defence Forces also exchanged views on security issues of mutual concerns, aligning with the meeting's theme.

The meeting concluded with a handover ceremony of the ACDFM Chairmanship to the Royal Cambodian Armed Forces as the next Chairman of 19th ACDFM in 2022.

Prior to this, a series of virtual bilateral meetings were also held between the RBAF Commander and the ASEAN Chiefs of Defence Forces.




MESYUARAT KETUA-KETUA TURUS PERTAHANAN ASEAN KALI KE 18

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mac 2021 – Mesyuarat Ketua-Ketua Turus Pertahanan ASEAN kali ke-18 (ACDFM-18) telah diadakan secara dalam talian di Pusat Persidangan Antarabangsa, Brunei Darussalam. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dengan tema tahun ini, ‘We Care, We Prepare, We Prosper.’

Turut hadir semasa 18th ACDFM ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB selaku Ketua ASEAN Military Operations Meeting (AMOM) dan Pengarah Perisikan selaku Ketua ASEAN Military Intelligence Meeting (AMIM).

Semasa mesyuarat tersebut, Ketua-Ketua Turus Pertahanan ASEAN telah mempersetujui Pelan Aktiviti Kerja Dua Tahun Tentera ASEAN (2021-2023) dan seterusnya mengeluarkan Pernyataan Bersama ACDFM kali ke-18. Selain itu, Brunei Darussalam juga telah mengemukakan satu inisiatif dalam bentuk kertas kerja bertajuk ASEAN Military Exercise (AMX). Selaras dengan tema pada tahun ini, AMX yang diusulkan oleh Negara Brunei Darussalam bertujuan untuk mencapai objektif dalam meningkatkan keselamatan serantau, interoperability dan kapasiti melalui kerjasama angkatan tentera ASEAN yang bersepadu. Semasa mesyuarat tersebut, Ketua-Ketua Turus Pertahanan ASEAN juga turut membincangkan isu-isu keselamatan yang menjadi kebimbangan bersama; sejajar dengan tema mesyuarat.

Mesyuarat telah diakhiri dengan upacara penyerahan pengerusi ACDFM kepada Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja selaku pengerusi bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Turus Pertahanan ASEAN kali ke-19 pada tahun 2022.

Sebelum ini, mesyuarat dua-hala juga telah diadakan secara dalam talian di antara Pemerintah ABDB dengan Ketua-Ketua Turus Pertahanan ASEAN yang lain.