BOLKIAH GARRISON, Monday, 01 March 2021 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), convened a video conference with General Chalermphon Srisawasdi, Chief of Defence Force, Royal Thai Armed Forces (RTAF) in preparation for the upcoming 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces' Meeting (ACDFM-18).
Also present were the RBAF Chief of Staff, Director of Intelligence and Head of Secretariat of the ACDFM-18.
During the call, the Commander RBAF expressed the utmost appreciation for Thailand's continuous support in Brunei Darussalam's defence events, especially those that are ASEAN-related. Also, the Commander hope RTAF will extend its support for initiatives proposed by the RBAF during the ACDFM-18, which will be held on 18 March 2021.
Both sides acknowledged the significant progress that RBAF and RTAF have made in elevating the military-to-military relationship and exploring more avenues and interactions to strengthen the cooperation further while building towards a resilient and future-ready ASEAN.
This video conference represents a series of ongoing video conferences that are taking place with all ASEAN member states prior to ACDFM-18.
PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN PERJUMPAAN ATAS TALIAN BERSAMA KETUA PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND
BOLKIAH GARISON, Isnin, 01 Mac 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan perjumpaan atas talian bersama Jeneral Chalermphon Srisawasdi, Ketua Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand sebagai persiapan Mesyuarat 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM-18).
Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB, Pengarah Perisikan dan Ketua Sekretariat Mesyuarat ACDFM-18.
Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah ABDB meluahkan rasa penghargaan di atas sokongan yang berterusan dari pihak Thailand dalam acara ketenteraan yang dipengerusikan oleh Negara Brunei Darussalam, khususnya yang berkaitan dengan ASEAN. Sehubungan dengan itu, Pemerintah ABDB berharap pihak Thailand akan menghulurkan sokongan bagi sebarang inisiatif yang dikemukakan oleh ABDB semasa mesyuarat ACDFM-18 yang akan dikendalikan pada 18 Mac 2021.
Kedua belah pihak seterusnya amat berpuas hati dengan perkembangan signifikan yang telah dibuat oleh ABDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand dalam mempertingkatkan hubungan ketenteraan, di samping membincangkan mengenai peluang untuk meningkatkan kerjasama dan interaksi serta mengembangluaskannya ke arah ASEAN yang berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan.
Persidangan video ini merupakan perjumpaan atas talian yang sedang giat diadakan dengan negara-negara ASEAN yang lain sebagai persiapan untuk Mesyuarat ACDFM-18 yang akan datang.