INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, BERAKAS, Tuesday, 16 March 2021 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), convened a video conference with Lieutenant General Cirilito Elola Sobejana, Chief of Staff, Armed Forces of the Philippines (AFP) in preparation for the upcoming 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces' Meeting (ACDFM-18). Also present were the RBAF Chief of Staff and Director of Intelligence.
During the call, the RBAF Commander expressed his appreciation to Lieutenant General Cirilito Elola Sobejana for the AFP's support for this year's ACDFM hosted by the RBAF. He also expressed hope that the AFP will support initiatives proposed by the RBAF during the 18th ACDFM held on 18th March 2021.
Both sides also commended the close bilateral military-to-military relationship between both armed forces, built through various bilateral activities that include exchanges of high-level visits, personnel courses and training, and multilateral interactions. These activities have contributed towards building a resilient and future-ready ASEAN.
The video conference represents a series of video conferences in all ASEAN member states before ACDFM-18 this week.
PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN PERJUMPAAN ATAS TALIAN BERSAMA KETUA TURUS, ANGKATAN TENTERA REPUBLIK FILIPINA
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS, Selasa, 16 Mac 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan perjumpaan atas talian bersama Leftenan Jeneral Cirilito Elola Sobejana, Ketua Turus Angkatan Tentera Republik Filipina sebagai persiapan Mesyuarat 18th ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM-18). Turut hadir ialah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah ABDB menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Leftenan Jeneral Cirilito Elola Sobejana atas sokongan yang diberikan bagi acara ACDFM yang akan dipengerusikan oleh ABDB pada tahun ini. Beliau juga berharap pihak Angkatan Tentera Republik Filipina akan menghulurkan sokongan bagi inisiatif yang dikemukakan oleh ABDB semasa mesyuarat ACDFM-18 yang akan dikendalikan pada 18 Mac 2021.
Kedua-dua belah pihak memuji hubungan ketenteraan di antara ABDB dan Angkatan Tentera Republik Filipina yang dibina melalui berbagai-bagai penglibatan dua hala termasuk pertukaran lawatan, kursus dan latihan anggota tentera serta interaksi pelbagai hala. Aktiviti-aktiviti ini telah menyumbang ke arah ASEAN yang berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan.
Persidangan video ini merupakan perjumpaan atas talian yang sedang giat diadakan dengan negara-negara ASEAN yang lain sebelum Mesyuarat ACDFM-18 pada minggu ini.